Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arif Aiman Permata Malaysia, Boleh Beraksi Di Eropah Dengan Mudah – Luis Garcia

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian tinggi terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi, dengan menyifatkannya sebagai permata berharga Malaysia yang memiliki potensi untuk beraksi di pentas bola sepak Eropah.

Menurut bekas pemain legenda Liverpool itu, Arif Aiman memiliki kombinasi lengkap sebagai pemain moden berdasarkan prestasi konsisten serta bakat semula jadi yang dimilikinya di atas padang.

“Dia adalah permata Malaysia. Laju, hebat dalam situasi satu lawan satu, kuat dan mampu menjaringkan gol. Dia boleh beraksi di Eropah dengan mudah,” kata Garcia kepada media antarabangsa, The Guardian.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi antara tonggak utama JDT di posisi sayap kanan, sekali gus memainkan peranan penting dalam kejayaan Harimau Selatan dalam saingan domestik dan Asia.

Namun musim ini menyaksikan Arif Aiman berdepan ujian apabila mengalami kecederaan serius selepas perlawanan menentang Nepal pada November lalu, yang memaksa beliau berehat panjang daripada aksi kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat kecederaan tersebut, beliau telah menjalani pembedahan di Finland pada Disember bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan lebih baik dan terancang.

Artikel lain: Arif Aiman Catat Sejarah, Tercalon Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025

Dalam perkembangan terkini, pemain lincah itu dilaporkan sudah mula kembali menjalani latihan bersama pasukan dan turut dibawa menyertai skuad JDT ke Jeddah bagi aksi suku akhir AFC Champions League Elite menentang juara bertahan, Al-Ahli Saudi FC di King Abdullah Sports City pada Jumaat ini.

Kehadiran semula Arif Aiman dijangka menjadi suntikan moral besar buat JDT dalam misi mereka mencipta kejutan di pentas tertinggi bola sepak Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Guardian

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd