Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan antara pelakon di atas pentas.
Teguran terhadap persembahan itu dibuat secara terbuka oleh individu yang menyifatkan kandungan berkenaan tidak wajar dipentaskan walaupun dalam konteks lakonan.
“Buat pun secara terang-terangan, maka teguran ini dibuat secara terang-terangan. Ini program teater di universiti terkemuka. Apa ni? Dah tak malu ke?
“Walaupun hanya lakonan tapi ni dah melampau. Scene atas katil dan bersentuhan apa bagai. Astaghfirullah. Yang penonton pun reda, jerit seolah sokong perbuatan,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kegusaran apabila penonton didakwa bersorak dan memberi reaksi seolah-olah menyokong aksi yang dipersembahkan.
“Rasa takut untuk berdiam. Patutnya perkara macam ni perlukan garis panduan untuk menjalankan teater, tidak mengongkong tetapi untuk jaga kehormatan semua,” katanya lagi.
Tegasnya, garis panduan lebih jelas wajar diwujudkan bagi penganjuran program seumpama itu di institusi pengajian tinggi bagi mengelakkan isu sensitiviti pada masa hadapan.
Artikel lanjut: Kantoi Curang 2 Kali, Wanita Hamil Maafkan Suami -“Anggap Ini Ujian Saya Mengandung”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa terkilan melihat adengan tersebut disertakan dalam pementasan teater daripada pelajar universiti.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan daripada pihak terlibat mengenai situasi berkenaan.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.












































