Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Terus Komited Jaga Kebajikan Veteran ATM Melalui Program PVM 2026

Kementerian Pertahanan (MINDEF) meneruskan komitmennya dalam menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Peduli Veteran MADANI (PVM) 2026 yang kini di Sarawak.

MINDEF menerusi satu kenyataan berkata, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan siri jelajah program tersebut di Bahagian Serian dan Kota Samarahan selama dua hari bermula hari ini.

“Program PVM 2026 merupakan antara inisiatif utama MINDEF yang digerakkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bagi memastikan kesejahteraan warga veteran ATM,” katanya hari ini.

Menurut MINDEF, program tersebut merupakan siri jelajah berterusan bagi menyantuni veteran ATM yang banyak berjasa dalam memastikan keamanan negara.

“Program ini adalah merupakan siri jelajah yang berterusan sebagai kaedah menyantuni veteran ATM yang banyak berjasa kepada keamanan negara,” ujarnya.

Dalam jelajah berkenaan, Adly berkesempatan menyantuni enam veteran ATM yang terdiri daripada golongan asnaf, pesakit kronik, balu serta ahli keluarga orang kurang upaya (OKU) di sekitar Daerah Balai Ringin dan Simunjan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Turut disampaikan ialah peralatan pesakit, bantuan baik pulih rumah, Bakul Rahmah dan inisiatif penghargaan melalui penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM),” ujar kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak 500 Bakul Rahmah turut diedarkan kepada Persatuan Veteran ATM cawangan Sarawak.

MINDEF berkata, sehingga 31 Mac lalu, kementerian melalui JHEV ATM telah menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 33,466 veteran dengan jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM47.7 juta.

“Program PVM bertindak sebagai medan untuk interaksi dua hala antara MINDEF dan veteran ATM melibatkan lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan serta pemerkasaan ekonomi veteran,” kata MINDEF lagi.

Terdahulu, Adly turut mengadakan lawatan kerja ke Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Tebedu di Serian bagi memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Darat (TNI-AD).

Tambah MINDEF, beliau menerima taklimat mengenai status operasi melibatkan enam pos keselamatan di sempadan Malaysia–Indonesia selain meninjau perkembangan projek penyelenggaraan dan prasarana kem.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lawatan ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Strategi Pertahanan Negara, iaitu Cegah Rintang Berpadu, seperti yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan 2020 – 2030 (KPP) dalam melindungi kepentingan negara.
“Terutamanya mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah meliputi domain darat, maritim, udara dan siber elektromagnetik daripada sebarang bentuk pencerobohan dan konflik,” tambahnya.

Turut hadir Ketua Pengarah JHEV ATM; Mejar Jeneral Dato’ Semaon Marjuki, Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak; Mejar Steven Kadir, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak dan persatuan veteran ATM setempat.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd