Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tunggu Lampu Isyarat, Wanita Terharu Pak Cik Lori Sebelah Turun Hulur Duit Pada Bayinya – “”Buat Baik Tak Kira Bangsa”

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira bangsa.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads, @nrlna.naa, kejadian itu berlaku ketika dia bersama suami dan anak mereka sedang menunggu lampu isyarat di dalam kereta.

Menurutnya, seorang pak cik yang memandu lori di sebelah kenderaan mereka dilihat memandang ke arah anaknya yang berada di tempat duduk bayi di bahagian penumpang hadapan.

“Masa tengah tunggu lampu isyarat merah, pak cik yang bawa lori sebelah ni pandang je anak saya.
“Suami saya turunkan tingkap, anak pun pandang saja ke arah pak cik tu,” katanya.

Dalam video yang dikongsikan, pak cik tersebut dilihat turut dari lori dan menghampiri kereta mereka sebelum menghulurkan wang berjumlah RM20 kepada bayi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu meluahkan rasa syukur dan terharu dengan tindakan spontan pak cik terbabit yang disifatkannya sebagai satu kebaikan kecil tetapi memberi makna besar.

“Apa-apa pun terima kasih orang baik. Bagus pak cik ni buat baik tak kira bangsa. Alhamdulillah anak ibu sentiasa dikelilingi orang-orang baik,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata tersentuh dengan sikap pemurah pemandu lori berkenaan, selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: Threads @nrlna.naa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd