Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TUDM Cipta Sejarah! ANKA-THS Lulus Ujian Penerbangan Pertama Di Labuan

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus melakar sejarah baharu apabila berjaya melaksanakan ujian penerbangan pertama pesawat tanpa pemandu ANKA-THS di Pangkalan Udara Labuan, petang kelmarin.

Menerusi satu kenyataan, ujian penerbangan selama tiga jam itu merupakan sebahagian daripada persediaan sebelum penyerahan rasmi aset baharu tersebut kepada pihak TUDM.

Hasil kerjasama pelbagai pihak

Kejayaan ini juga hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), MTU-Perancangan & Pembangunan serta beberapa agensi lain.

Dijangka perkukuh keupayaan ISTAR

Dalam pada masa yang sama, sistem pesawat ANKA-THS yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) itu dijangka akan memperkukuh keupayaan Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaissance (ISTAR), khususnya dalam pemantauan strategik di Wilayah Timur dan kawasan berkepentingan seperti Laut China Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesawat berteknologi tinggi berkenaan mampu beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada siang atau malam dengan tempoh penerbangan melebihi 20 jam.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), selari dengan pelan pembangunan keupayaan TUDM melalui CAP55.

Difahamkan, perolehan aset baharu ini dijangka meningkatkan lagi keupayaan TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan operasi pemantauan strategik, pengawasan maritim serta pengumpulan maklumat perisikan demi memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara terus berada pada tahap terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd