Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tindakan China Turunkan Kadar Utama Pinjaman Punca Ringgit Susut

Tindakan bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) menurunkan kadar utama pinjaman melebihi jangkaan pasaran menjadi punca mata wang utama, termasuk ringgit susut diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Ringgit rendah sebab bank pusat China

Memetik laporan Malaysia Gazette menerusi Bernama, nilai ringgit menyusut kepada 4.7975/8000 berbanding AS daripada paras 4.7850/7890 pada jam 6 petang semalam.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan mata wang tempatan itu susut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS, hari ini.

“Pasaran terbukti gelisah selepas PBOC bertindak menurunkan 25 mata asas dalam kadar utama pinjaman (LPR) lima tahun kepada 3.95 peratus — lebih besar daripada jangkaan pasaran sebanyak 10 mata asas,”petik laporan.

Artikel lain: Nilai Ringgit Dibuka Rendah, Semakin Merosot RM4.70 Sedolar AS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, ringgit secara amnya juga rendah berbanding dolar AS hari ini (-0.11 peratus) dan seiring dengan prestasi sama yang dicatatkan oleh renminbi China (-0.06 peratus), rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).

“Oleh kerana Rizab Persekutuan AS dijangkakan tidak mengubah hala tuju dasar monetari, dolar AS sebaliknya memerlukan sokongan yang baik dalam tempoh terdekat.
“Keadaan ini ada benarnya terutama apabila (peratusan) kemungkinan pengurangan kadar faedah AS pada Mac telah berkurangan daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada 11.6 peratus ketika ini,” katanya kepada Bernama.

ringgit susut

Paras semasa ringgit tak cerminkan prospek ekonomi Malaysia

Sejajar dengan perkembangan semasa, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit dalam keadaan kurang memberangsangkan dalam masa terdekat ini.

Mengulas prestasi ringgit, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang positif di masa akan datang.

“Prestasi ringgit baru-baru ini, sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Antara faktor tersebut termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah AS yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ringgit susut

Dalam pada itu, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 3.1926/1945 daripada 3.1913/1942, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0468/0499 daripada 6.0358/0408 dan turun berbanding euro kepada 5.1799/1826 daripada 5.1558/1601.

Ringgit juga menyusut berbanding kebanyakan mata wang Asean iaitu turun berbanding baht Thailand kepada 13.3016/3148 daripada 13.2806/2976, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5672/5693 berbanding 3.5555/5587 dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 3.306/306.6 daripada 3.06.0/306.5.

Berbanding peso Filipina, ringgit rendah kepada 8.56/8.57 daripada 8.53/8.54 semalam.

Sumber: Malaysia Gazette (Bernama)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd