Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai ‘Tokan’ Berlindung Di Sebalik Perniagaan Atas Talian, Kedai Makan -Polis Kelantan

Polis Kelantan mendedahkan masih ramai pengedar dadah yang berselindung di sebalik perniagaan seperti kedai makan, pusat kecantikan dan jualan atas talian bagi mengaburi pihak berkuasa.

Berselindung di sebalik perniagaan kedai makan, atas talian kaburi pihak polis

Perkara itu didedahkan susulan kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah melibatkan enam suspek termasuk pasangan suami isteri yang ditahan di Kampung Banggol Chicha, Jalan Gajah Mati, pada 27 Jun lalu.

Di Sebalik Perniagaan

Berselindung di sebalik perniagaan, modus operandi nak cepat kaya

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan kejayaan merampas 35.4 kilogram pil kuda bernilai RM5.04 juta membuktikan amaran polis sebelum ini bukan sekadar retorik.

“Mereka ini nak cepat kaya dan kononnya berniaga dan menunjukkan kemewahan. Modus operandi kebanyakan mereka juga sama dan disebabkan nak kaya cepat, jual dadah.
Apa yang saya sampaikan sebelum ini bukan bercakap kosong, ramai lagi dalam pemerhatian polis,” katanya.

Siasatan mendapati sindiket itu diketuai oleh pasangan suami isteri berusia 34 tahun yang telah aktif mengedar dadah sejak tahun 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, mereka menggunakan perniagaan sah sebagai topeng untuk menjalankan kegiatan haram.

Artikel lain: Lima Termasuk Suami Isteri Disambung Reman, Kes Sorok Pil Kuda Dalam Najis Lembu Di Kelantan

Pihak polis turut menyita pelbagai aset mewah milik suspek yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta termasuk kereta, motosikal berkuasa tinggi, barang kemas dan beg berjenama.

Terdahulu, polis turut mendedahkan kewujudan pengasas produk dan pempengaruh media sosial di Kelantan yang terlibat dengan pengedaran dadah serta penggubahan wang haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd