Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Galeri Nurly Sahirah Bakal Diwujudkan Di UPSI, Simbol Cinta Abadi Terhadap Al-Quran

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal mewujudkan sebuah galeri khas dinamakan Galeri Nurly Sahirah, sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman, bekas pelajar cemerlang yang terkorban dalam kemalangan tragik di Gerik, Perak, bulan lalu.

Galeri Nurly Sahirah

Kredit foto: Bernama

Galeri Nurly Sahirah  akan berada di bangunan fakulti baru

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar  menyatakan galeri itu akan ditempatkan di bangunan baharu fakulti UPSI, Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (I-Furqan) yang dijangka siap awal 2027.

“Galeri ini diwujudkan sebagai penghargaan UPSI kepada pelajar cemerlang ini yang diketahui meninggal dunia dalam keadaan memeluk erat al-Quran.
“Jika diizinkan oleh kedua ibu bapanya, pihak universiti akan menempatkan mushaf al-Quran yang ditulis sendiri oleh Allahyarhamah, selain koleksi mushaf lain.
“Galeri ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada para huffaz untuk menghafal al-Quran melalui penulisan sendiri,” katanya ketika mengunjungi keluarga Allahyarhamah di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Jertih.

Kredit foto: Bernama

Menteri Agama ajak pihak swasta menyumbang secara wakaf di Galeri Nurly Sahirah

Selain menempatkan mushaf tulisan tangan Nurly Sahirah, galeri ini juga akan mempamerkan pelbagai koleksi kitab dan mushaf al-Quran untuk rujukan pelajar serta masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mengajak orang ramai dan pihak swasta untuk menyumbang secara wakaf bagi menjayakan galeri tersebut.

Artikel lain: JHEAT Pantau Kubur Nurly, Ambil Tindakan Terhadap Sebarang Perbuatan Khurafat

Dalam kunjungan itu, Mohd Na’im turut menyerahkan sumbangan kepada waris dan mangsa nahas yang melibatkan 15 kematian dan 33 kecederaan.

Beliau juga menyatakan, setiap waris mangsa menerima RM7,500 manakala pelajar yang cedera menerima RM4,000, selain bantuan bakul makanan bernilai RM150 setiap satu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumbangan itu disalurkan oleh pelbagai agensi termasuk Yayasan Taqwa MAIWP, Yapeim, Tabung Musa’adah Jakim dan PPZ-MAIWP sebagai tanda solidariti dan sokongan berterusan kepada mereka yang terkesan.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd