Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Termasuk Suami Isteri Disambung Reman, Kes Sorok Pil Kuda Dalam Najis Lembu Di Kelantan

Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai lebih RM5 juta disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Pil kuda bernilai RM5.04 juta

Menurut laporan Kosmo!, perintah sambung reman terhadap kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Azmi sehingga 11 Julai ini.

pil kuda

Foto: FMT

Mereka sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 28 Jun lalu.

Artikel lain: Kes Dadah Di Kelantan Turun Hasil Kawalan Ketat Sempadan Negara

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, lanjutan reman diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua tangkapan dibuat selepas seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan ketika memandu Perodua Axia di Jalan Gajah Mati, Banggol Chicha pada 27 Jun lalu.

pil kuda

Foto: Kosmo!

Susulan itu, polis melancarkan enam siri serbuan termasuk di Kampung Bukit Tunku, yang membawa kepada rampasan keseluruhan 35.4 kilogram pil kuda bernilai RM5.04 juta.

Dalam salah satu serbuan, polis menemui 19.86 kilogram dadah tersebut yang disorokkan dalam timbunan najis lembu di sebuah kandang.

pi kuda

Foto: Sinar Harian

Ia dipercayai taktik pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah kedai makan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo! (Rohana Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Sosial

Lotus’s Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang terlibat dalam insiden di stor Selayang selepas siasatan dalaman mendapati pengendalian kejadian itu tidak memenuhi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd