Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Nilai Ringgit Dibuka Rendah, Semakin Merosot RM4.70 Sedolar AS

Nilai ringgit dibuka rendah jika hendak dibanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin, lapor BH Online.

Ringgit susut kepada 4.7075/7710 pada jam 9.36 pagi berbanding dollar AS daripada 4.6925/6965 ketika ditutup pada Selasa.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kecenderungan enggan mengambil risiko akan terus wujud.

Ia secara tidak langsung mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS dalam keadaan meragukan mengenai pengurangan kadar faedah selanjutnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS selain ketegangan di Asia Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, ketegangan di Asia Barat terutama di kawasan Laut Merah boleh menganggu perdagangan global yang mendorong permintaan terhadap dolar AS.

“Pada ketika ini, dolar AS/ringgit akan terus berlegar di sekitar paras RM4.70. Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing berada pada RM4.6611 dan RM4.7958,” katanya kepada Bernama.

ringgit rendah

Artikel lain: Tiada Perubahan, Nilai Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Sementara itu, data yang menjadi tumpuan minggu ini adalah pertumbuhan ekonomi China bagi suku keempat 2023 di samping jualan runcit AS bagi Disember.

Ringgit juga diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Unit domestik susut berbanding euro kepada 5.1189/1227 daripada 5.1073/1117 ketika ditutup pada Selasa, serta kurang stabil berbanding pound Britain kepada 5.9489/9533 daripada 5.9299/9350.
“Walau bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1948/1974 daripada 3.2013/2043 semalam,”memetik BH Online daripada Bernama.

ringgit rendah

Difahamkan, nilai ringgit rendah jika hendak dibandingkan dengan mata wang negara ASEAN iaitu bhat Thailand kepada 13.2710/2858 daripada 13.2579/2748 pada Selasa dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5091 daripada 3.5003/5038.

Ringgit juga susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.2 daripada 300.9/301.3 namun, mendapat berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 dari 8.40/8.42.

Sumber: BH Online (Bernama)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd