Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Sengaja Tampar Murid, Guru Tadika Mengaku Insaf

Seorang guru wanita tadika swasta memohon maaf dan insaf atas tindakannya yang tidak sengaja menampar anak murid berusia empat tahun.

Memetik laporan Kosmo! Online, tertuduh, M. Malini mengungkapkan permohonan maaf tersebut selepas Majistret Siti Zubaidah Mahat mendengar pertuduhan berkenaan dibacakan dihadapannya di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Malini yang pada awalnya tidak diwakili peguam itu telah meminta agar hukumannya diringankan memandangkan wanita berusia 25 tahun itu telah insaf atas perbuatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya minta maaf, telah insaf. Saya tertampar (kanak-kanak tersebut). Lagipun, saya daripada golongan B40 dengan gaji RM1,700. Bapa saya disara menerusi tanggungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan ibu adalah suri rumah,” katanya.

Meskipun tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua bulan bermula dari tarikh tangkapan 13 Mei lalu, namun pihak mahkamah membenarkan pelaksanaan denda itu setelah mendapat keputusan rayuan kes di Mahkmah Tinggi nanti.

Difahamkan, ketetapan tersebut selepas tertuduh serta peguamnya, A. Birantha kembali ke galeri mahkamah dan membuat permohonan penangguhan hukuman terbabit atas keadaan khas.

Foto: Free Malaysia Today

“Dia baharu berkahwin dua bulan lalu dan menjaga ibu bapa serta tidak mendapat nasihat daripada mana-mana peguam sebelum pengakuan bersalah dibuatnya
“Anak guam saya hanya mempercayai pengakuan bersalah itu hanya dihukum denda sahaja,” ujar peguam tersebut.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong, budi bicara dan bidang kuasa mahkamah akan menentukan sama ada pengakuan salah telah diterima, yang membawa kepada hukuman penjara dua bulan atau tidak.

Sementara menunggu prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi, pihak mahkamah telah bersetuju dengan cadangan jaminan terhadap Malini sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd