Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UPSI Agih Hampir RM2 Juta Kepada Mangsa Dan Waris Tragedi Gerik

Genap setahun tragedi nahas bas di Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memaklumkan hampir RM2 juta dana Tabung UPSI Berduka telah disalurkan kepada mangsa dan waris yang terlibat.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, bantuan hasil sumbangan orang ramai itu diagihkan secara berperingkat kepada 42 mangsa serta waris sejurus selepas tragedi berkenaan berlaku.

Setiap keluarga & pelajar teruma RM5,000

Menurut beliau, sempena Majlis Tautan Kasih dan Ukhwah UPSI Bersama Waris Insiden Gerik 2025 pada Sabtu, universiti turut menyalurkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga dan pelajar yang terlibat menggunakan baki dana yang masih terdapat dalam tabung tersebut.

“Sehingga hari ini kira-kira RM2 juta sudah kami agihkan kepada mangsa dan waris, kami tidak menyimpan dana yang diterima, sebaliknya terus menyalurkannya kepada penerima mengikut fasa bantuan ditetapkan.
“Masih terdapat kira-kira RM210,000 dalam tabung dan sebahagian daripadanya kami salurkan hari ini kepada keluarga serta pelajar yang terlibat,” katanya.

Mulakan majlis dengan bacaan tahlil ringkas

Majlis yang menghimpunkan ahli keluarga 42 mangsa dan pelajar terlibat itu turut dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas bagi mendoakan mangsa yang terkorban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suasana bertukar hiba apabila tayangan montaj khas yang memaparkan detik tragedi serta kenangan bersama mangsa dipertontonkan kepada hadirin sehingga mengundang sebak dalam kalangan waris dan warga universiti.

Dalam majlis sama, UPSI turut menyerahkan buku UPSI Berduka kepada waris sebagai simbolik penghargaan dan kenangan terhadap tragedi yang meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga kampus.

Md Amin menyatakan buku tersebut mengambil masa hampir 10 bulan untuk disiapkan dan menghimpunkan pengalaman mangsa yang terselamat, waris, petugas penyelamat, pemandu ambulans serta warga universiti yang terlibat secara langsung dalam pengurusan insiden berkenaan.

Menurutnya, dokumentasi itu disusun berdasarkan tujuh fasa tindakan yang dilaksanakan UPSI bermula daripada penerimaan laporan kejadian sehingga proses penyelarasan bantuan dan tuntutan insurans kepada mangsa serta keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buku ini bukan sekadar merakamkan tragedi yang berlaku, tetapi menjadi panduan sekiranya berdepan insiden seumpama ini pada masa hadapan.
“Kami menemubual pelbagai pihak termasuk waris, mangsa yang terselamat, pasukan penyelamat dan petugas yang terlibat supaya pengalaman mereka dapat didokumentasikan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, buku berkenaan dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai langkah keselamatan pasca tragedi, Md Amin berkata UPSI bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk tidak menggalakkan perjalanan pulang pelajar pada waktu malam.

Selain itu, universiti turut menambah baik prosedur sewaan bas serta menyediakan saluran pelaporan kepada pelajar berkaitan isu keselamatan pengangkutan.

“Kita juga memberikan lebih fleksibiliti kepada pelajar terutama ketika cuti singkat dengan pelaksanaan kuliah secara dalam talian bagi mengurangkan keperluan mereka melakukan perjalanan jauh dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Untuk rekod, dalam tragedi yang berlaku pada 9 Jun tahun lalu, 15 pelajar UPSI maut manakala puluhan lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik ketika dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti Aidiladha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd