Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Petang Ahad: 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Dalam Nahas SUV & Lori Tanah

Satu tragedi menyayat hati berlaku di Kampung Baru Pinang Tunggal apabila enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50, petang Ahad.

Libatkan dua buah kenderaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.
“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” katanya menerusi kenyataan.

6 mangsa meninggal dunia

Empat daripada mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, dan Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

Menurut Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta seorang bayi berusia enam bulan turut terkorban dalam nahas tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta bayi berusia enam bulan (belum dapat dipastikan jantina), turut meninggal dunia.
“Seorang lagi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, mengalami cedera parah akibat kemalangan itu,” katanya.

Mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd