Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular MoH Singapura ‘Turun’ KL, Mahu Rekrut Doktor & Jururawat Dengan Gaji Lumayan!

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dilaporkan ‘turun padang’ ke Kuala Lumpur dalam usaha rekrut doktor dan jururawat Malaysia untuk berkhidmat di negara jiran itu dengan tawaran gaji yang sangat lumayan.

Rekrut doktor & jururawat Malaysia, tawar gaji ratusan ribu setahun

Menerusi perkongsian di laman Threads dr_amandaelli,  Kementerian Kesihatan negara terbabit dipercayai mahu rekrut doktor dan jururawat dengan menawarkan gaji bermula daripada SGD110,000 setahun (anggaran RM380,000), tidak termasuk elaun penginapan bulanan serta insurans yang turut disediakan.

“Mereka membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun, tidak termasuk faedah/elaun penginapan bulanan/insurans.
Peluang yang baik untuk mengumpul simpanan selama sekurang-kurangnya 2 tahun & kemudian kembali ke Malaysia jika rindu kampung halaman,” kongsinya.

Rekrut Doktor

Akan turun padang ke KL, demi rekrut doktor & jururawat

Pengguna media sosial itu juga menyatakan bahawa tawaran ini merupakan peluang terbaik buat mereka yang mahu mengumpul simpanan dan mungkin boleh merancang untuk berada di Singapura dalam tempoh waktu tertentu.

Mereka juga boleh sahaja pulang ke kampung halaman memandangkan jarak antara Malaysia dan Singapura tidak begitu jauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peluang hebat untuk kumpul simpanan selama sekurang-kurangnya 2 tahun dan kemudian kembali ke Malaysia jika rindu,” ujarnya berseloroh.

Sebelum ini, memetik laporan yang pernah dikeluarkan oleh FMT, seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Akram menyatakan bahawa graduan perubatan dari Malaysia dilihat menjadi pilihan utama hospital di Singapura kerana dianggap sebagai tenaga kerja yang berkualiti tinggi dengan kos yang lebih rendah.

Tambahan pula, sistem latihan pegawai perubatan di Malaysia yang holistik memberi kelebihan besar.

“Hospital yang saya bertugas ini, 40% petugas perubatan adalah graduan universiti terkemuka di Malaysia,” ujarnya yang kini bertugas di Singapura.

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: 1 Ogos Tarikh Akhir untuk KKM Laksana Waktu Bekerja 45 Jam Seminggu bagi Jururawat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah Dr Akram telah menarik perhatian apabila beliau ditawarkan bekerja di Singapura hanya selepas enam bulan bertugas di hospital tempatan, bukti peluang besar yang menanti mereka yang berminat!

Sumber: Thread dr_amandaelli, FMT (Zeanaaima Mohd Yusof)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd