Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Obesiti Pada Usia Kanak-Kanak, Bapa Kepada Abang Aji Ditegur Agar Kawal Pemakanan Anak

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti ketika masih berada pada usia kanak-kanak.

Bapa Abang Aji ditegur

@tareqfit

#fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Menerusi perkongsian di TikTok, Tareq menyuarakan kerisauannya dan meluahkan rasa simpati melihat keadaan fizikal Abang Aji dan menasihati agar bapanya perlulah mengawal pemakanan anak yang seimbang bersesuaian dengan tingkat umur ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa Abang Aji ditegur 

“Aku cakap sebagai seorang ayah, kau tak kesian badan anak kau tak sihat langsung jangan ikut kehendak anak.
“Bila anak minta makanan tak sihat atau terlebih makan jangan ikut sebab mereka tidak tahu, mereka hanya mahu makan sahaja. 
“Sebagai ibu bapa kita perlu bertanggungjawab keadaan badan anak-anak, jadi sebab itu bila badan anak-anak obesiti jangan salahkan anak tapi salahkan diri sendiri sebab kau yang bertanggungjawab jaga keadaan kesihatan anak,” kata Tareq di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut mengingatkan agar ibu bapa perlu cakna akan tahap kesihatan anak-anak supaya tidak menyesal di kemudian hari setelah mendapati mereka menghidap penyakit akibat pengambilan makanan yang tidak teratur.

“Bila anak sudah dapat penyakit barulah waktu itu nak rasa menyesal, susah nak jalan, susah nak nafas, susah nak main ingat mereka masih kecil lagi,” jelasnya.

Bapa Abang Aji ditegur 

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut menzahirkan kebimbangan melihat keadaan fizikal Abang Aji itu dan ada juga yang mengatakan bahawa si cilik itu dilihat sukar untuk bernafas dan mudah keletihan.

Malah ada juga wargamaya memberikan sedikit pandangan agar bapanya menyusun semula rutin harian dengan melakukan senaman dan jangan terlalu mengejar konten sehingga tahap kesihatan menjadi ancaman.

Jangan abaikan kesihatan

Bapa Abang Aji ditegur 

Banyakkan beriadah

Nak bernafas pun susah

Artikel lain: Kerap Tolak Kerusi Roda Pesakit Obesiti, Staf Kesihatan Alami Tulang Belakang Bengkok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.5 juta tontonan dan menerima lebih 106,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Tareq Fit

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd