Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jamin Keselamatan Pengguna, Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuh Raya – JSPT

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tegaskan penunggang basikal dilarang menggunakan laluan lebuh raya di negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, laluan lebuh raya merupakan laluan khas untuk kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.

Malah, larangan tersebut termaktub dalam peraturan sedia ada bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

Penunggang basikal

Penunggang basikal

“Ia merupakan antara larangan yang jelas termaktub dalam Kaedah Isyarat Lalu Lintas LN167/59, khususnya Peraturan 17 yang menyatakan basikal, basikal roda tiga, beca serta kenderaan yang ditarik haiwan dilarang memasuki lebuh raya.
“Pihak konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memasang papan tanda larangan bagi memaklumkan secara jelas kepada pengguna bahawa laluan tersebut tidak boleh digunakan oleh penunggang basikal,” katanya pada Khamis.

Jelas Mohd Yusri lagi, penunggang basikal yang melanggar larangan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Individu yang bersalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.
“Penunggang basikal juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Kaedah Lalu Lintas LN165/59 yang mengandungi 18 peraturan asas,” katanya.

Artikel lain: “Penunggang Basikal Juga Berhak Di Jalan Raya..”- PKBM Minta Polis Siasat Ancaman

Patuhi peraturan sedia ada

Beliau berkata, antara yang dinyatakan dalam Peraturan 65 ialah keperluan untuk sentiasa mematuhi semua undang-undang, kaedah serta isyarat lalu lintas yang berkaitan.

“Isyarat tangan juga perlu digunakan bagi tujuan keselamatan dan memberi isyarat kepada pemandu kenderaan bermotor yang lain.
“Peraturan 66 menekankan penggunaan laluan yang paling selamat serta menjauhi kawasan lalu lintas yang sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa reka bentuk jalan raya di Malaysia lebih menumpukan kepada kegunaan kenderaan bermotor, bukannya untuk aktiviti berbasikal, kecuali di lokasi tertentu yang telah diwartakan atau dibenarkan.

“Secara umum, terdapat dua tujuan orang ramai berbasikal di negara ini iaitu sebagai aktiviti rekreasi dan juga sebagai pengangkutan.
“Untuk tujuan rekreasi, penunggang seharusnya berbasikal di kawasan taman atau laluan khas yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau semasa program kayuhan yang dianjurkan secara rasmi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd