Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Thailand Gantung Perjanjian Damai Susulan Insiden Periuk Api Di Sempadan Kemboja

Thailand menggantung sementara pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja selepas dua anggota tenteranya cedera akibat letupan periuk api berhampiran sempadan di Sisaket.

Thailand gantung perjanjian damai dengan kemboja

Menurut laporan berita RTM, Tentera Diraja Thailand memaklumkan seorang anggota mengalami kecederaan serius pada kaki manakala seorang lagi mengalami sesak nafas akibat tekanan letupan.

thailand gantung perjanjian

berita rtm

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan keselamatan di kawasan sempadan yang sudah lama menjadi pertikaian antara kedua-dua negara.

Jurucakap kerajaan Thailand, Siripong Angkasakulkiat berkata, Bangkok menghentikan tindakan susulan terhadap deklarasi bersama yang dimeterai di Kuala Lumpur pada akhir Oktober lalu.

Artikel lain: Tentera Cedera, Thailand Gantung Perjanjian Damai Dengan Kemboja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjanjian tersebut sebahagian daripada gencatan senjata yang dicapai selepas pertempuran pada Julai yang telah meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa dan memaksa lebih 300,000 penduduk dipindahkan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menyatakan insiden terbaharu membuktikan bahawa ancaman keselamatan masih wujud walaupun dalam keadaan semakin tenang sebelum ini.

thailand gantung perjanjian

Sebagai tindak balas, Kementerian Luar Kemboja menyuarakan kebimbangan serius terhadap keputusan Thailand tetapi menegaskan bahawa Phnom Penh tetap komited melaksanakan deklarasi bersama.

Kemboja turut menafikan tuduhan bahawa tenteranya menanam periuk api baharu di kawasan pertikaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

thailand gantung perjanjian

Pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja sudah berlanjutan lebih satu abad, namun ketegangan kembali memuncak pada Julai apabila Thailand menuduh Kemboja memasang periuk api yang mencederakan anggota tenteranya.

Gencatan senjata yang dicapai pada akhir Julai melibatkan campur tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, diplomat China, serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN.

Deklarasi bersama itu menetapkan langkah-langkah termasuk pembersihan periuk api, penarikan balik senjata berat dan akses pasukan pemantau ASEAN.

Walaupun gencatan senjata ini umumnya bertahan sejak 29 Julai, kedua-dua negara masih saling menuduh berlaku pelanggaran, menunjukkan bahawa penyelesaian penuh terhadap pertikaian wilayah itu masih jauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita RTM 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd