Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Tunaikan Hasrat Isteri Hamil, Mengidam Pegang Pinggang Anggota Beruniform

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai hamil mengidam memegang pinggang anggota beruniform telah mencuri perhatian warganet.

Menerusi rakaman di TikTok @_hanatuh, suaminya telah memanggil salah seorang anggota berpakaian serba putih yang berada berdekatan mereka sekali gus menyampaikan hasrat isteri tercinta.

@_hanatuh

istri ngidam kok gini banget 😄 #istri #ngidam #aneh #istringidam

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isteri saya mengidam nak pegang pinggang. Boleh?,” soalnya.

Pegawai itu kemudiannya memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dan bersetuju memenuhi kehendak wanita berbadan dua tersebut sebelum memusingkan badan membelakanginya.

Dengan wajah gembira dan tersipu malu, wanita berkenaan memegang pinggang anggota itu untuk beberapa saat sahaja sebelum mengucapkan terima kasih.

Setelah anggota beruniform itu bergegas pergi, si isteri kelihatan sudah puas dan bergelak tawa bersama suaminya yang setia melayani permintaan peliknya.

Video berdurasi 46 saat itu telah meraih sebanyak 2.6 juta tontonan dan lebih 260,000 tanda suka serta pelbagai reaksi daripada warganet di ruangan komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nasib pinggang

Semoga anak jadi perwira

Respek suami

Namun begitu, ada juga segelintir individu yang turut berkongsikan kisah mereka mengalami fasa alahan suatu ketika dahulu ketika berbadan dua.

Ngidam bakso

Nak cuci muka guna air hujan

Video mencuit hati tersebut dipercayai berlaku di negara jiran Jawa Barat, Indonesia sehingga turut meraih perhatian netizen di Malaysia.

Sumber: TikTok @_hanatuh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd