Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Tergamak ‘Tamatkan’ Nyawa Isteri Kerana Cemburu, Seminggu Simpan Mayat Dalam Rumah

Seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai membunuh isterinya sendiri kemudian disorok dalam almari kediaman mereka yang terletak di Kota Cimahi, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut satu laporan Tribun News, perbuatan suspek, Sahir akhirnya terbongkar selepas jirannya menghidu terdapat bau bangkai berasal dari bilik tidur pasangan suami isteri tersebut.

Foto: Kompas.com

Pihak polis datang menyerbu kediaman mereka dan menemukan mayat wanita itu yang dibungkus enam lapisan selain ditaburi dengan serbuk kopi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek yang berusia 24 tahun tidak dapat mengelak kemudian mengakui sendiri perbuatannya itu selain memberitahu punca dia tergamak membunuh isterinya.

Akibat cemburu!

Selepas mendengar arwah isterinya Zakilah Indri Winata sedang berbual mesra dengan lelaki lain melalui panggilan telefon, Sahir bertindak menghampiri isterinya dan bertanya secara kasar.

Foto: Tribun News

Mangsa mengakui sedang menjalin hubungan mesra malah telah melakukan hubungan intim dengan lelaki berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sahir yang berang dengan pengakuan itu bertindak memukul batang leher mangsa, kemudian menekap muka mangsa dengan menggunakan bantal sebelum mangsa meninggal dunia.

Samarkan bau mayat

Dia juga mengakui berusaha menyembunyikan pembunuhan itu dengan cara membungkus mayat mangsa dengan enam lapisan dimulai dengan kain sarung, sarung tilam, selimut, kain telekung, plastik dan plastik sampah.

Foto: JPNN.com

Dia juga menabur serbuk kopi dan menuangkan pewangi pakaian agar mayat mangsa tidak mengeluarkan bau busuk. Malah, Sahir juga tidur di bilik tidur berkenaan seperti biasa selama seminggu sebelum perbuatannya itu akhirnya terbongkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun News

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd