Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siti Nur Athirah Mengaku Bunuh Rakan Baik, Dijatuhi Penjara 30 Tahun

Selepas hampir empat tahun, Siti Nur Athirah Azmi,23,  akhirnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan bunuh rakan baik dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya yang ketika itu berusia 19 tahun di rumah terletak di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

bunuh rakan baik

Artikel lain: Dua Wanita Maut Dibunuh, Mayat Pula Disimen Lepas Datang Tagih Hutang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsunya, Norliyana Shuhada yang ketika itu berusia 15 tahun di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah.

Lebih menyedihkan, perbuatan kejam itu disaksikan ibu Siti Nur Surya yang terlantar sakit akibat kanser otak di katil berhampiran.

Sumber: Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd