Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dua Wanita Maut Dibunuh, Mayat Pula Disimen Lepas Datang Tagih Hutang

Kerisauan seorang suami membawa kepada penemuan mayat isterinya yang sudah meninggal dunia dengan mayat ditemui disimen dibawah tangga sebuah rumah.

Kejadian yang berlaku di Bekasi, Jakarta Indonesia itu benar-benar menggemparkan warga sekitar apabila dua wanita ditemui maut di sebuah rumah sewa.

Seharian tak pulang ke rumah

Memetik laporan dari Tribun Jabar, mangsa yang dikenali sebagai H (48) dan Y (45) ditemui telah meninggal dunia selepas seharian tidak pulang kerumah.

Suami buat laporan polis, check guna GPS

Perkara itu disedari suami kepada Y yang mencari keberadaan isterinya selepas gagal dihubungi. Pada awalnya dia telah ke hospital berhampiran kerana menyangka wanita itu kemalangan setelah meminta izin untuk pergi mengaji di masjid berdekatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas tidak menemui isterinya, suami Y atau dikenali sebagai Heri telah datang ke rumah keluarga H dan dimaklumkan bahawa H juga tidak pulang.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia telah membuat laporan ke balai polis  Cakung dan wilayahnya.

Dia dan anaknya juga berinisiatif mengesan keberadaan isteri dengan menggunakan GPS berpandukan telefon bimbit isterinya yang berada di lokasi mayat ditemui.

Suami check CCTV

Dia dan keluarga H telah ke sebuah rumah sewa tersebut merujuk kepada GPS tersebut. Pada awalnya dia tidak terus masuk kerana bimbang melanggar undang-undang. Namun, Heri berjaya mendapat rakaman video litar tertutup (CCTV) memperlihatkan isterinya dan H menaiki motosikal ke kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau saya langsung masuk, kena pelanggaran undang – undang saya, terus untuk pastiin ada istri saya, saya cek CCTV di sekitar lokasi, ternyata ada betul istri saya sama H naik motor masuk ke rumah ini (terduga pelaku),” tambahnya.

Nampak kesan simen, pelaku cuba bunuh diri

Heri telah menghubungi pihak berkuasa dan berjaya masuk sebelum melihat darah di dalam rumah. Lebih mengejutkan apabila dia terlihat selipar dan cebisan pakaian isteri yang tertanam dengan bancuhan simen.

“Saya lihat itu gundukan semen nya ada gamis istri saya, dan sendal juga, langsung saya pastikan ada istri saya disitu, karena saya tidak kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan yang pelaku turut berada di dalam rumah namun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan apabila mencuba untuk membunuh diri dengan memotong urat nadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pelaku juga meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, kehadiran Y dan H ke rumah pelaku yang juga seorang lelaki itu adalah untuk menagih hutang.

Sumber: Tribun Jabar, Twitter detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd