Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siti Bainun Didapati Bersalah Mengabai & Menganiaya Remaja Sindrom Down

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali Bella.

Mahkamah buat keputusan hari ini

Memetik laporan dari Harian Metro, Hakim Izralizam Sanusi telah membuat keputusan  selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Pada 9 Mac lalu, kes pembelaan Siti Bainun telah ditutup apabila peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf menyatakan kepada mahkamah bahawa kesemua lapan saksi sudah selesai memberikan keterangan.

Susulan daripada itu, mahkamah telah memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis pada 7 April lalu, manakala 14 April pula bagi hujahan balas sebelum memutuskan tarikh keputusan pada hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Bainun telah didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju sekitar Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Bainun yang mengaku tidak bersalah dan menghadapi perbicaraan bermula 30 Mac 2022. Antara saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan adalah mangsa sendiri, Bella.

Siti Bainun diperintah membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan pada 24 November 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd