Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sistem I-Lesen Tingkatkan Perkhidmatan Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negara

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara yang berlangsung di Dewan Kristal, KPKT pada 9 November 2023.

Teks ucapan dibaca Ketua Setiausaha KPKT

Teks ucapan perasmian Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming (YB KM) telah dibacakan oleh Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib memaklumkan yang majlis pelancaran ini adalah selaras dengan aspirasi KPKT ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif dan berkesan khususnya kepada hampir 9,000 pemain industri perkhidmatan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam negara dengan memanfaatkan perkembangan teknologi dalam usaha pendigitalan.

400 pemegang lesen KPKT hadir

Dianggarkan, seramai hampir 400 orang pemegang lesen dengan KPKT melalui JPSPN telah hadir di majlis berkenaan.

Difahamkan, KPKT telah mengadaptasi kemajuan teknologi maklumat khususnya dalam transformasi perkhidmatan pelesenan kepada digital bagi membolehkan industri pengurusan sisa pepejal terus berkembang maju dengan memperkenalkan Sistem i-Lesen yang memudahcara proses kelulusan bagi enam (6) jenis lesen iaitu

Advertisement. Scroll to continue reading.

: a) Lesen Kutipan Komersial, Perindustrian, Keinstitusian;

b) Lesen Kutipan Isi Rumah;

c) Lesen Pembersihan Awam;

d) Lesen Kutipan Pembinaan;

Advertisement. Scroll to continue reading.

e) Lesen Pengangkutan Jauh; dan

f) Lesen Pelupusan Operasi Fasiliti

“Sistem i-Lesen membolehkan permohonan kelulusan yang lengkap diproses dalam tempoh 24 jam berbanding tujuh (7) hari sebelum ini.
“Penggunaan Sistem i-Lesen juga meningkatkan produktiviti sehingga 90 peratus serta menjimatkan masa dan tenaga pihak berkepentingan KPKT selaras hasrat Kerajaan mewujudkan persekitaran mesra perniagaan (business-friendly environment) atau juga disebut “ease of doing business” ujar Nga Kor Ming.

 

Pemegang lesen boleh bayar secara atas talian

Tak hanya itu, Sistem i-Lesen juga membolehkan pemegang lesen melaksanakan pembayaran secara dalam talian daripada 33 institusi perbankan menggunakan Financial Process Exchange (FPX) yang disediakan oleh Kumpulan AFFIN selaku Acquiring Bank .

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelancaran Sistem i-Lesen menyaksikan kejayaan kolaborasi strategik antara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kumpulan AFFIN yang melengkapkan proses digitalisasi pelesenan di bawah Kementerian ini.

Selain itu, KPKT juga sedang melestarikan modal insan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara.

Antara perancangan jangka panjang KPKT bersama – sama dengan JPSPN adalah untuk meningkatkan kemahiran pekerja tempatan yang merangkumi hampir 19,000 orang tenaga mahir dalam kalangan rakyat tempatan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (difficult, dangerous and dirty) agar lebih cekap dan terlatih.

Justeru, program pembangunan kompetensi khususnya kepada personel-personel yang terlibat dengan pengurusan sisa pepejal sedang dirangka selari dengan hasrat KPKT dalam memperkasakan modal insan yang profesional, berprestasi tinggi dan seterusnya menjadikan Malaysia bergerak ke arah yang lebih baik dan mampan seiring dengan keperluan Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd