Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JIPS Bukit Aman Turun Sabah, Siasat 3 Pegawai Polis Kes Zara Qairina

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan tatatertib terhadap tiga pegawai polis berhubung kes Zara Qairina Mahathir.

 3 Pegawai Polis Kes Zara Qairina akan disiasat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyatakan siasatan itu akan dibuat terhadap Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintendan serta pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.

“Pasukan JIPS akan hantar pasukan ke Sabah dan kita akan buka kertas siasatan tatatertib (KST) terhadap Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintendan serta pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.
“JIPS akan ambil kenyataan semula semua pihak. Pasukan ini akan ke Sabah dalam satu dua hari lagi,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis berlangsung semalam.

kes zara qairina

Perlu bertanggungjawab terhadap kes Zara Qairina

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan siasatan JIPS memberi tumpuan kepada aspek penyeliaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

“Task force (pasukan siasatan dari Bukit Aman) sebelum ini ke sana (Sabah) untuk siasatan kes dan JIPS pula (siasatan) daripada segi penyeliaan. Mereka (tiga pegawai terbabit) perlu bertanggungjawab.
Tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pegawai yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menyelia dan mendapatkan siasatan yang sepatutnya,” tegasnya.

Difahamkan, ketiga-tiga pegawai berkenaan masih bertugas di sebuah IPD di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jaga Keselamatan Awam, 40 Anggota Polis Ditugaskan Pada Himpunan Zara Qairina

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, memaklumkan kegagalan pegawai penyiasat memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan SOP dalam kes ini.

Katanya, SOP jelas mewajibkan bedah siasat dilakukan sekiranya punca kematian tidak diketahui atau terdapat elemen mencurigakan.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd