Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jaga Keselamatan Awam, 40 Anggota Polis Ditugaskan Pada Himpunan Zara Qairina

Polis memberi jaminan keselamatan orang awam dan peserta yang hadir pada himpunan Demi Zara Qairina di hadapan pusat beli-belah Sogo, malam ini dan esok, dengan menempatkan kira-kira 40 pegawai serta anggota di lokasi.

Tiada penutupan jalan untuk hmpunan Demi Zara Qairina

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penugasan ini bagi memastikan himpunan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang mengganggu ketenteraman awam.

zara qairina

Foto: Harian Metro

“Kami akan membuat pemantauan rapi dengan menempatkan pegawai serta anggota keselamatan di sepanjang laluan dan kawasan lokasi perhimpunan,” katanya.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Bunga Dan Lilin Tanda Solidariti Komuniti Cina Di Sabah

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada penutupan atau lencongan jalan raya di sekitar kawasan terbabit, namun langkah itu akan dilaksanakan jika keadaan memerlukan.

“Polis akan memudah cara perjalanan perhimpunan ini mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.

zara qairina

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penganjuran himpunan Demi Zara Qairina oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan pusat beli-belah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Himpunan yang dijadual bermula jam 8 malam itu dipercayai dianjurkan bagi menyatakan solidariti terhadap kes yang mendapat perhatian umum.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd