Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Jaslinda Titip Doa-“Ya Allah, Lindungilah Ibu Kami, Permudahkan Urusan Anggota Penyelamat…”

Anak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, menzahirkan rasa rindu dan harapan agar ibunya segera ditemukan dalam keadaan selamat selepas lebih seminggu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian.

Menerusi satu hantaran di Threads, anak Jaslinda memuat naik doa khas buat wanita berusia 49 tahun itu yang sehingga kini masih belum ditemukan sejak dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu.

“Ya Allah, lindungilah ibu kami, Jaslinda binti Saludin, walau di mana sahaja beliau berada. Kurniakanlah keselamatan, kekuatan, kesihatan, dan ketenangan kepadanya.
“Ya Allah permudahkanlah urusan semua anggota penyelamat dan mereka yang sedang berusaha mencarinya.
“Luaskanlah pandangan mereka, terangilah petunjuk buat mereka, dan dekatkanlah mereka kepada ibu kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala doa, Maha Mengetahui segala keadaan . Amin… We luv u (love you) (kami mencintai kamu) ibu,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ibunya.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada semua anggota yang terlibat. Kami tidak akan berhenti berdoa buat semua pihak yang mencari agar sentiasa dilindungi Allah SWT serta diberikan kekuatan dan semangat,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa agar Jaslinda segera ditemukan dalam keadaan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim, memaklumkan operasi SAR terhadap Jaslinda akan terus diteruskan meskipun dalam skala lebih kecil.

Menurut beliau, operasi berkenaan kini hanya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi kes orang hilang.

Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 pendaki lain serta dua malim gunung.

Sebelum kejadian, beliau yang mengalami kecederaan pada kaki dikatakan berhenti berehat di Kem Batu Core bersama seorang pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Jaslinda dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung secara bersendirian sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Sumber: Threads deefzl._

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd