Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sempena Ulang Tahun Ke-20, Blue Adakan Konsert Pada Februari Depan!

Berita gembira buat para peminat kumpulan pop British, Blue yang bakal mengadakan sebuah konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 8 malam, 10 Februari 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, dia meluahkan rasa teruja apabila kumpulan tersebut bakal menemui peminatnya di Malaysia tidak lama lagi.

“Hitman Solutions dan Happymoon selaku penganjur akan menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 dengan pelbagai penganjuran konsert.
“Bukan sahaja artis tempatan, tetapi artis antarabangsa juga turut tersenarai demi memenuhi permintaan peminat muzik yang mahukan acara konsert secara berterusan,” katanya.

Difahamkan, pengasas Happymoon, Kesavan Purusotman berkata penganjuran bersama Hitman Solutions akan memberikan kesan yang positif dalam jiwa penggemar muzik.

“Kerjasama antara Happymoon dan Hitman Solutions telah mewujudkan impak yang positif. Ini terbukti dengan hasil sambutan Ne-Yo Live in Malaysia yang sangat memberangsangkan.
“Blue adalah pilihan yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 dengan siri jelajah Heart & Soul Tour untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang,” ujarnya lagi.

Sekadar info, terdapat beberapa buah lagu yang popular di telinga rakyat Malaysia seperti All Rise, One Love, If You Come Back dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan semua, tiket bagi konsert ini dikategorikan kepada lima bahagian utama iaitu VVIP dengan Meet & Greet (RM688), VIP (RM488), Diamond (RM358), Platinum (RM258) dan Gold (RM188).

Sumber: mStar 

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Spotlight

Konsert dari band terkenal British, Coldplay yang bakal berlangsung pada November buat julung kalinya telah mendapat pelbagai respon termasuklah mereka yang membantah pengajurannya. Sedar...

Advertisement