Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Semenanjung Gaza Banjir, Mayat Penduduk Terpaksa Disimpan Dalam Sekolah

Aktivis masyarakat, Ibrahem Ali memberitahu mayat penduduk Palestin yang dibunuh tentera Zionis terpaksa disimpan di dalam sekolah susulan kebanyakkan kawasan Semenanjung Gaza ditenggelami banjir.

“Kami terpaksa menyimpan dahulu mayat penduduk Palestin dibunuh tentera Zionis di dalam sekolah berikutan kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza ditenggelami banjir sejak beberapa hari lalu. Hujan lebat berterusan menghalang usaha pengebumian,” ujarnya.

Menerusi laporan Harian Metro, jutaan rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza juga mengalami penderitaan ekoran cuaca sejuk serta hujan dan angin kencang tanpa henti.

Mayat disimpan dalam sekolah

Artikel lain: Mayat Wanita Ditemui Disimen Dalam Bilik Air Rumah Sewa

Perubahan cuaca itu telah menyebabkan kerosakan tempat tinggal penduduk Palestin malah menyukarkan aktiviti seharian mereka terutamanya golongan warga emas dan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cuaca kini jatuh sehingga 15 darjah celcius. Malah, angin kencang merosakkan khemah sementara dihuni pelarian perang Palestin.
“Ini menambahkan lagi cabaran dihadapi penduduk Palestin terutama warga emas dan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Jelasnya lagi, serangan roket dan bom tanpa belas kasihan oleh tentera zionis yang memasuki hari ke 69 menyebabkan ramai rakyat Palestin meninggal dunia.

“Sehingga kini seramai 18,608 penduduk Gaza terkorban manakala 50,594 mangsa lagi cedera parah atau ringan sejak serangan Zionis bermula 7 Oktober lalu.
“Kekejaman Israel berterusan apabila penduduk Gaza yang mencari perlindungan di dalam Sekolah Shadia Abu Ghazala di utara Gaza turut dibunuh beramai-ramai.
“Pengeboman Israel berterusan di bahagian tengah dan selatan Gaza selain di kem pelarian Jabalia di utara Gaza. Sekurang-kurangnya 196 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam,” jelasnya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan, banjir besar yang berlaku di sana telah menjadi penghalang buat mereka untuk mengebumikan mayat dan terpaksa disimpan sementara di lokasi selamat.

“Orang ramai terpaksa mengharungi jalan yang ditenggelami banjir untuk membawa jenazah ahli keluarga yang terbunuh dalam pengeboman Israel. Kebanyakan jenazah ini sudah dibungkus dengan kain kafan putih untuk disimpan sementara di lokasi selamat.
“Hujan lebat dan angin sejuk di Gaza jelas memburukkan lagi kesengsaraan dialami kami. Ribuan mangsa terpaksa tinggal berhimpit kesejukan di dalam khemah kanvas atau plastik.

“Ada antaranya terpaksa berpindah atau mencari kawasan lebih tinggi berikutan tapak khemah ditenggelami banjir hingga sedalam lebih satu meter.
“Malah ada penduduk Gaza di kem pelarian di Rafah terpaksa tidur basah kuyup di kawasan terbuka berikutan khemah dihuni ditenggelami banjir atau rosak dipukul ribut,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Mohd Jamilul Anbia Md Denin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Nasional

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamaed Khaled bin Nordin telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Faedah Ganjaran Hilang Upaya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd