Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Wanita Ditemui Disimen Dalam Bilik Air Rumah Sewa

Satu mayat dipercayai wanita ditemui disimen dalam ruangan tandas di di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, Klang malam tadi.

Memetik laporan dari Harian Metro, kediaman berkenaan sebelum ini telah dihuni lelaki warga asing yang memaklumkan kepada tuan rumah berusia 66 tahun bahawa mereka mahu berpindah keluar sekitar Oktober lalu.

Ada tambahan simen dalam bilik air

Susulan daripada itu, pemilik rumah telah datang ke kediaman berkenaan selepas penyewa warga asing itu keluar kerana ada penyewa baru yang ingin masuk.

“Bagaimanapun lelaki warga emas terbabit menyedari terdapat tambahan simen di dalam bilik airnya sebelum bertanya kepada penyewa lamanya namun tidak mendapat maklum balas.
“Selepas itu barulah mereka memaklumkan balik kepada pemilik rumah terbabit kononnya ada bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu menyebabkan terpaksa menambah simen,” katanya.

Kredit foto: X Mohd Redzuan Abdul Manap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Temui mayat wanita disimen ketika baiki kediaman sewa

Tidak mengesyaki apa-apa, pemilik rumah telah mengupah pekerja warga asing untuk membaiki rumah tersebut sebelum dihuni penyewa lain.

“Ketika proses membaiki itulah mayat mangsa ditemui di dalam simen terbabit sebelum pemilik rumah tampil membuat laporan di Balai Polis Pandamaran semalam.
“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian dan meminta bantuan bomba untuk memecahkan simen terbabit bagi mengeluarkan mayat,” katanya.

Kredit foto: X Mohd Redzuan Abdul Manap

Difahamkan, salah seorang daripada warga asing berkenaan sudah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan atas penemuan mayat terbabit. Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kes bunuh terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd