Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Selagi Ada Nyawa, Apa Yang Tak Betul Akan Terus Saya Suarakan Walau Pahit” – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap akan menyuarakan pendapat sekiranya terdapat perkara yang ‘tidak betul’ walaupun sukar untuk ‘ditelan’ segelintir pihak.

Menurut laporan BH Online, ia selepas setiap teguran diberikan berhubung isu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diminta untuk berehat atau berdiam diri.

“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam sebab hilang deposit.
“Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa saja keputusan majoriti walaupun salah.
“Bagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/pfbid02io2JU2pCGsBKdJbA7V4985JnaS7ZqsA4uZFTisWBTYCLxgxBR6P9otVMx2bidcy9l

PRU-15 yang diadakan pada November lalu menyaksikan bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu kalah kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah baru-baru ini juga, beliau mengakui sedih dan terkilan apabila usahanya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi tidak berjaya, malah hilang wang deposit.

Ini kerana kerja kerasnya seolah-olah tidak dihargai apatah lagi beerusaha membangunkan pulau legenda itu menerusi pemberian status bebas cukai pada 1987 sehingga gah di persada dunia.

Sumber: BH Online (Irwan Shafrizan Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd