Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi Harap Tiada Lagi Ahli Parlimen PN Beri Sokongan Pada PM

Perikatan Nasional (PN) berharap tiada lagi ahli parlimen dari parti itu beri sokongan pada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarah Pilihanraya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berharap Ahli Parlimen (MP) Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menjadi pemimpin terakhir memberikan sokongan kepada perdana menteri.

Foto: Free Malaysia Today 

“Perkara sebegini berlaku sebab dia dibiar ‘kelaparan’ sehingga berlaku tekanan di kawasan. Orang tuntut macam-macam tapi dia tak ada kemampuan jadi bila dia dah letih, terpaksalah (bertukar sokongan).
“Saya harap itu yang terakhirlah. Orang pun taklah gila semua atas dunia ni dah jadi wakil rakyat tak ada bajet, jadi tekanan kat dia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Pokok Sena pada Khamis.

Muhammad Sanusi berkata, secara peribadi beliau sudah terbiasa menjadi wakil rakyat yang susah disamping menyatakan dia bersedia untuk menderita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pendakwaan Bantah Permohonan Tangguh Bicara Kes Babitkan Sanusi

“Jadi wakil rakyat ini kena bersedia untuk susah, bersedia derita. Kalau bahagia, Alhamdulillah, kakau derita sudah disiapi,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Zulkafperi membuat kenyataan bagi menyokong Anwar tanpa melibatkan paksaan daripada mana-mana pihak.

Sanusi harap tiada lagi Ahli Parlimen PN beri sokongan pada PM

Foto: The Malaysian Reserve

Sebelum ini, MP Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Abdul Fasal merupakan wakil rakyat yang kelima daripada BERSATU menyatakan sokongan kepada perdana menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) turut menyatakan sokongan kepada Anwar.

Sumber: Sinar Harian (Roshila Murni Rosli)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd