Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pendakwaan Bantah Permohonan Tangguh Bicara Kes Babitkan Sanusi

Pihak pendakwaan bagi kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bantah permohonan pembelaan untuk tangguh bicara kesnya di Mahkamah Sesyen Selayang.

Memetik laporan Bernama, Muhammad Sanusi berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Foto: New Straits Times

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud berkata pihak pembelaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bukan alasan yang perlu dipertimbangkan bagi menangguhkan perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemfailan notis usul dibuat pada saat-saat akhir semasa kes ini menghampiri tarikh perbicaraan menunjukkan sikap tertuduh (Muhammad Sanusi) sengaja mahu melengah-lengahkan perbicaraan sedangkan semua tarikh perbicaraan itu dipersetujui oleh pihak-pihak di mahkamah ini.
“Tertuduh didakwa di mahkamah pada 18 Julai tahun lepas dan pembelaan mempunyai amsa enam bulan untuk memfailkan notis usul berkenaan.
“Pihak pendakwaan juga telah menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pembelaan pada 4 Oktober lepas. Dokumen yang diberikan bukan banyak, ada 11 dokumen sahaja.
“Kes membabitkan Menteri Besar Kedah ini berprofil tinggi yang sememangnya mendapat perhatian umum di seluruh negara,” kata Masri semasa sebutan kes di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin hari ini.

Sebelum ini, mahkamah telah memberi kebenaran kepada permohonan Muhammad Sanusi untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.

Artikel lain: Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut Memang Keluaran Syarikat Malaysia

Perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini dan esok ditangguhkan atas alasan Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) ke luar negara untuk tugasan rasmi.

Pendakwaan bantah permohonan tangguh bicara kes Sanusi

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi mefailkan permohonan supaya mahkamah melapangkan perbicaraan kes yang ditetapkan pada 5 Februari ini.

Permohonan itu difailkan sementara menunggu permohonan untuk memindahkan kes tersebut diputuskan di Mahkamah Tinggi.

“Notis usul itu difailkan pada 11 Januari lalu dan salinan termeterai telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 15 Januari.
“Sekiranya notis usul dibenarkan, adalah suatu yang pelik untuk memanggil semula saksi yang telah dipanggil untuk beri ketereangan di Mahkamah Tinggi jika prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen tidak digantung,” ujar Awang.

Terdahulu, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 Julai tahun lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd