Connect with us

WTF

Sangat Mengejutkan! Kemunculan UFO Di Ruangan Udara Amerika Syarikat

Penampakan makhluk asing dan UFO adalah sesuatu perkara yang sering diperkatakan oleh masyarakat sejak puluhan tahun yang lalu.

Sudah terlalu banyak teori dan penemuan berkenaan dengan makhluk asing yang berkepala pelik dan UFO yang berbentuk piring leper dan bulat.

UFO bentuk ular muncul di udara Amerika Syarikat

UFO yang kelihatan seperti ular telah dilihat di seluruh AS pada baru-baru ini merupakan suatu berita yang menggemparkan buat penduduk disana.

UFO tersebut dikatakan telah muncul kali kedua di tempat yang sama seperti mana UFO itu ditemui sebelum ini di kawasan tersebut pada bulan Jun yang lalu.

Seorang Youtuber telah merakam detik-detik itu menggunakan telefon bimbit miliknya apabila dia melihat cahaya terang yang datang dari arah udara di Gurun Mojave, California.

Kali kedua, kejadian itu berlaku apabila objek tersebut bergerak perlahan di sepanjang kawasan tersebut pada waktu siang. Rakaman kejadian yang aneh itu telah tersebar di New York, Washington dan Wyoming.

Mengikut seorang pengikut Youtuber tersebut, dia berpendapat bahawa kemungkinan UFO tersebut merupakan sebuah drone.

Kerana terkejut dengan kejadian terbabit, Youtuber itu mengambil peluang untuk merakamnya apabila dia tidak dapat mengenalpasti objek tersebut.

Sumber: DailyStar

 

Continue Reading
Advertisement

Trending