Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Putera Mateen Dan Dayang Anisha Rasmi Bertunang

Anakanda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan bakal isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam.

Memetik laporan dari Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja dimulakan dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Putera Mateen dan Dayang Anisha

Kredit foto: Rafi Rosli (Borneo Bulletin)

Istiadat pertunangan Putera Mateen dan Dayang Anisha berlangsung di Istana Nurul Iman

Difahamkan, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki dan disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 9 Januari 2024.

Putera Mateen dan Dayang Anisha

Kredit foto: Rafi Rosli (Borneo Bulletin)

Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal bernikah pada 11 Januari

Menerusi laporan sebelum ini, Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan bakal berlangsung beberapa hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 lalu dan diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Putera Mateen dan Dayang AnishaArtikel lain: Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Bakal Bernikah Januari Tahun Hadapan

Ia diikuti dengan Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja yang berlangsung sebentar tadi sebelum diteruskan lagi dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari dan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pula bakal dilangsungkan pada 14 Januari.

Diikuti Majlis Persantapan Diraja 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Sumber: Borneo Bulletin

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd