Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Bakal Bernikah Januari Tahun Hadapan

Anakanda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah Januari tahun hadapan.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah tamatkan zaman bujang

Memetik laporan dari Radio Televisyen Brunei, baginda akan disatukan dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Radio Televisyen Brunei (@rtb.bn)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Istiadat Perkahwinan Diraja itu bakal berlangsung beberapa hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Ia diikuti dengan Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diteruskan lagi dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari dan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pula bakal dilangsungkan pada 14 Januari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diikuti Majlis Persantapan Diraja 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Untuk rekod, Putera Abdul Mateen  telah diputerakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei pada 10 Ogos 1991.

Sumber: Radio Televisyen Brunei 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd