Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Projek Tanam Bawang Di Perak Berjaya, Boleh Kurangkan Kebergantungan Terhadap Import

Projek perintis tanaman bawang seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Tanjung Malim berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan tuaian pertama pada Rabu, semalam.

Perak berdiri dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya menghasilkan bawang tempatan pertama negara ini sekali gus bakal mengurangkan kebergantungan terhadap import sayuran itu.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, tuaian yang dimulakan pada Januari itu menggunakan varieti bawang merah BAW-1 melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkembangan itu menandakan kejayaan projek perintis penghasilan bawang tempatan yang dilaksanakan kerajaan.
“Benih itu dikeluarkan dan dihasilkan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan ditanam oleh Jabatan Pertanian, dan pada hari ini (semalam) kita nampak projek ini benar-benar berjaya,” katanya.

Beliau berkata sempena majlis Tuaian Mega Projek Rintis Tanaman Bawang Kuala Bikam di Tanjung Malim pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa secara keseluruhan kawasan tanaman bawang seluas 1 hektar tersebut mempunyai tiga fasa tanaman iaitu fasa 1 menggunakan 1.5 tan benih bawang pada 24 Januari, fasa 2, 8 Februari (0.25 tan) dan fasa 3 melibatkan 161 dulang anak benih bawang pada 16 Februari lalu.

Foto: Sinar Harian

“Susulan kejayaan ini, kita cadang tambah 4 hektar lagi penanaman bawang di sini (Sungkai) dan di kawasan Kinta di Perak. Kementerian juga mengenalpasti 6 lokasi penanaman bawang iaitu Perak yang sudah berjaya, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan.
“Semua perancangan itu, sebagai prospek dan sasaran kementerian untuk mencapai tahap sara diri (SSL) bawang pada kadar 30 peratus menjelang 2030,” ujarnya.

Arthur memberitahu, untuk mencapai sasaran itu, lebih 1,400 hektar tanah diperlukan bagi penanaman bawang dan proses hasilan memerlukan 65 hingga 70 hari untuk tempoh matang sebelum boleh dituai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi dan Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman.

Untuk rekod, bekalan bawang di Malaysia telah diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand.

Berdasarkan data statistik berkenaan, Malaysia mengimport bawang sebanyak 525,055.37 mt dengan nilai RM944,990,373 dari 20 negara.
Jumlah import yang tertinggi adalah dari India iaitu 321,776.16 mt, Belanda (77,772.55 mt), China (47,165.48 mt), Pakistan 42,957.62 mt, Thailand 12,186.52 mt serta lain-lain negara.
Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Bisnes

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Harga minyak...

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd