Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Projek Pembangunan Diarah Tutup, 8 Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Ditemui

Sebuah projek pembangunan yang terletak di Taman Naga Emas, Salak Selatan diarah tutup oleh Construction Industry Development Board (CIDB) berikutan penemuan lapan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar tapak pembinaan, pada Khamis lalu.

Hal ini telah dimaklumkan dan disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui di tapak pembangunan tersebut.

“Hari ini pihak kami telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu CIDB Wilayah dengan lapan agensi yang terlibat untuk membuat pemeriksaan ke tapak binaan.
“Bermula Januari hingga April tahun ini, sebanyak 1,528 jumlah operasi penguatkuasaan telah dibuat. Pada hari ini, CIDB menemui bagaimana bahan-bahan binaan yang boleh menyebabkan keselamatan pekerja dan keselamatan bangunan terancam,” katanya.

Ahmad Maslan berkata, kompaun telah diberikan kepada pemaju sebanyak RM4,000 atas kesalahan kecuaian pengendalian di tempat yang tidak bersih.

Malah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melihat terdapatnya sampah-sampah yang bercampur antara sampah makanan dan sampah dari tapak pembinaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Oleh itu, saya mengharapkan agar pihak kontraktor yang membina rumah dan jalan di negara ini, supaya sentiasa diawasi oleh CIDB khasnya. Hal ini penting bagi memastikan keselamatan pekerja dan bangunan yang dibina itu dapat berdiri dengan kukuh dan berkualiti.
“Pihak pemaju yang dikenakan kompaun akan lebih berhati-hati selepas ini atas kesalahan yang mereka lakukan. Negara kita turut dikukuhkan dengan akta perundangan yang memperuntukkan pihak pemaju menjalankan aktiviti pembinaan mengikut prosedur yang terlah ditetapkan,” ujarnya.

Turut hadir dalam operasi adalah Timbalan Ketua Eksekutif 1 CIDB Malaysia, Razuki Ibrahim, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato’ Ts Gerald Sundaraj dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia, Mohd Hafiz Dasahi.

Untuk rekod, CIDB sering mengadakan kursus-kursus bagi memberi pendedahan buat kontraktor agar mengikuti landasan pembinaan yang teratur dan berkualiti buat sistem pembangunan negara.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan menyeru kepada semua pemaju untuk menyelidiki dan memasuki kursus-kursus tersebut bagi mengelakkan kesalahan sebegini berulang kembali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd