Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pindah Rumah Lebih Kecil, Lesti Kejora & Rizky Billar Dituduh Alami Masalah Kewangan

Gara-gara pindah ke rumah yang lebih kecil, pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejoran dan Rizky Billar didakwa mengalami masalah kewangan selepas kurang mendapat tawaran dalam dunia hiburan susulan isu ruma tangga mereka.

Difahamkan, mereka sudah berpindah dari rumah mewah ke rumah bersaiz sederhana di sebuah lokasi untuk meneruskan perjalanan kehidupan mereka.

Namun begitu, dakwaan tersebut telah disangkal oleh abang Rizky iaitu Yudie Revan yang menjelaskan pasangan tersebut tidak pernah mengalami masalah kewangan seperti mana yang dikatakan oleh umum.

Katanya, mereka juga mempunyai perniagaan tersendiri yang mampu menyara kehidupan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rizky mungkin tidak diterima untuk tampil di mana-mana program televisyen tetapi dia ada perniagaan sendiri. Saya yakin adik saya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memberi nafkah kepada keluarganya,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Rizky didakwa telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga menyebabkan kecederaan.

Pun begitu, ramai yang tidak berpuas hati apabila Lesti bertindak menarik semula laporan polis dan berbaik semula dengan suaminya itu.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Anggota polis berpangkat Lans yang didakwa menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27 dengan lebih dari lima tembakan meminta agar dibawa ke pusara allahyarham. Permintaan itu...

Dunia

Demi konten dan perhatian, sesetengah orang sanggup melanggar larangan yang telah ditetapkan agama sedangkan dia sedar bahawa apa yang dilakukan adalah berdosa. Demi konten...

Spotlight

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila nama pelawak Indonsia iaitu Daus Mini didakwa curang belakang isterinya, Shelvie Hana Wijaya. Pun begitu, segalanya berubah...

Spotlight

Kereta pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani serta pelakon karya tersebut disimbah cat dan bahan asid hari ini....

Advertisement