Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pernah Dibaling Kain Lap, ‘Omputeh’ Dakwa Rakyat Malaysia Dilayan Teruk Di Korea Selatan

Seorang wanita ‘omputeh’ dakwa rakyat Malaysia dilayan teruk di Korea Selatan dan sangat berbeza dengan cara orang dari negara barat dilayan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @jazmynjenningss telah memuat naik satu video menceritakan pengalamannya bekerja di sebuah restoran.

@jazmynjenningss

I know having this conversation won’t win me many Korean friends but xenophobia and colourism are the two biggest downfalls of Korean society. People die because of this discrimination and there still aren’t any laws to protect anyone. #storytime #koreanstorytime #korea #southkorea #koreanworkingholiday #workingholiday #dewyskin #koreanskincare

♬ original sound – Jazmyn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut wanita yang bernama Jazmyn itu, dia pernah bekerja di sebuah restoran di Korea Selatan bersama seorang wanita berasal dari Malaysia.

Katanya, Jazmyn dan wanita tersebut bekerja sebagai pelayan di restoran tersebut dan pada awalnya dia tidak menyangka rakyat Korea Selatan mempunyai sikap xenofobia.

“Saya pernah bekerja di sebuah restoran di Korea Selatan dan saya bekerja sebagai pelayan. Rakan sekerja saya masa tu perempuan dari Malaysia.
“Pada masa itu, saya tidak tahu orang-orang di Korea Selatan mempunyai sikap xenofobia tapi tak lama kemudian saya nampak perkara itu,” katanya.

Menurut Jazmyn, walaupun dia baru sahaja mula bekerja, wanita itu perasaan cara layanan rakyat Korea Selatan tidak baik dan ia sangat berbeza dengan cara dia dilayan.

“Dia dilayan dengan cara yang tidak baik dan saya nampak layanan mereka sangat berbeza dengan cara saya dilayan.
“Kemahiran dia bercakap dalam bahasa Korea sangat baik sebab dia dah ada di Korea Selatan selama beberapa dan belajar di universiti di sana.
“Sebaik sahaja orang tahu dia dari Malaysia, mereka terus ada masalah dengan dia,” ujarnya.

Gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, orang Korea Selatan akan menolak daripada dilayan oleh sahabatnya itu dan memanggil Jazmyn untuk mengambil pesanan mereka.

Artikel lain: Bukti Kehebatan Anak Malaysia, Khairul Aming Jadi Sebutan Cef Di London

“Mereka akan menolak sekeras-kerasnya untuk dilayan oleh kawan saya dan takkan bercakap pun dengan dia. Mereka akan panggil saya untuk layan mereka.
“Pada masa itu, saya masih tak fasih berbahasa Korea. Saya mungkin tahu tiga sahaja perkataan dalam bahasa Korea.
“Tapi kawan saya akan berdiri sebelah saya dan terjemahkan apa yang dorang cakap dan dia juga akan terjemahkan apa yang saya cakap sebab dorang tak nak bercakap dengan dia,” kongsinya.

‘Omputeh’ dakwa rakyat Malaysia dilayan teruk di Korea Selatan

Dalam pada itu, Jazmyn juga berkongsi bagaimana kejadian yang sama berlaku kepada mereka ketika sedang menaiki teksi bersama-sama untuk pulang ke rumah selepas kerja.

“Ada satu masa ni, kami baru balik dari kerja dan naik teksi sama-sama. Pemandu teksi itu, dia orang tua. Selepas dia tahu kami dari negara mana dan dia tahu kawan saya dari Malaysia, benda sama berlaku lagi.
“Pemandu teksi itu langsung tak nak bercakap dengan dia. Pemandu teksi tu hanya tanya soalan kepada saya, dan kawan saya akan terjemahkan apa yang pemandu tu cakap.
“Ia sangat menjijikkan bila tengok layanan mereka berubah sebaik sahaja mereka tahu dia dari Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Jazmyn juga mendedahkan semua orang di restoran itu melayan sahabatnya itu dengan buruk bukan sahaja secara lisan namun secara fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua orang di restoran itu melayannya dengan teruk. Kawan saya pernah dibaaling dengan tuala, dimaki walaupun tak buat salah.
“Masa itu, saya lebih banyak buat salah tapi saya masih dilayan dengan baik hanya kerana saya dari negara Barat,” katanya.

Bagaimanapun, Jazmyn menjelaskan walaupun ramai rakyat Korea Selatan yang mempunyai sikap seperti itu, namun ia lebih cenderung kepada orang berusia di negara itu.

“Saya boleh cakap kebanyakan yang ada sikap xenofobia ni adalah orang yang lebih tua. Saya tak jumpa ramai orang muda yang bagi layanan macam ni.
“Tapi kalau korang tak sengaja bandingkan orang Korea Selatan dengan orang dari negara Asia lain seperti China, Malaysia, Taiwan atau Filipina, dorang akan anggap itu sebagai penghinaan,” ujarnya.

Namun, menurut Jazmyn selepas dia berhenti bekerja daripada restoran itu dia telah mengajak sahabatnya itu untuk bekerja di tempat lain.

Sumber: TikTok @jazmynjenningss

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Filem

Filem Vina: Sebelum 7 Hari berjaya mendapat sambutan yang meluas apabila meraih 4 juta tontonan setelah 12 hari ditayangkan di Indonesia. Perkara itu dimaklumkan...

Dunia

Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran. Memetik laporan CNN World, perkara...

Spotlight

Skandal seks terbesar dunia hiburan Korea Selatan, Burning Sun kembali mencuri perhatian apabila sebuah dokumentari khas menceritakan secara terperinci mengenai jenayah itu dimuat naik...

Dunia

Selepas filem Vina: Sebelum 7 Hari ditayangkan, polis menahan seorang daripada sekumpulan individu yang didakwa dalang dalam kes rogol dan pembunuhan pelajar sekolah di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd