Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lari Hampir Seminggu, Banduan Warga Pakistan Lolos Penjara S. Buloh Berjaya Ditangkap

Seorang banduan warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu akhirnya berjaya ditahan semula di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama sekitar jam 5 petang semalam.

Tangkapan berjaya hasil kerjasama pelbagai pihak

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar menyatakan tangkapan itu hasil kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan keselamatan awam terus terpelihara.

“Sehubungan itu, Polis Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan itu berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Sebelum ini, pihak polis giat memburu lelaki terbabit yang melarikan diri ketika dalam tahanan reman dan berdepan beberapa pertuduhan serius termasuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta imigresen.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh pencarian suspek tersebut dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suharmin Yusuf)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd