Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Seminggu Berkahwin, Pengarah Animasi Ejen Ali Ditemui Meninggal Dunia Tepi Sungai

Pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu.

Jasad pengarah animasi Ejen Ali ditemui di tepi sungai

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan penemuan itu selepas pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

“Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang,” katanya.

Pengarah Animasi Ejen Ali

Pengarah animasi Ejen Ali terjun sungai lepas kemalangan dengan isteri

Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas terjun dari jambatan di kawasan berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa dan isterinya dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kereta yang dipandu isterinya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum Andi bertindak keluar dari kereta dan terjun ke sungai.

Baru seminggu bergelar suami isteri

Dalam masa sama, menerusi laporan daripada Mstar pula, berita pemergian itu lebih menyentuh hati apabila difahamkan Andi baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Individu dikenali sebagai Yuesran Muhamad Salleh, yang bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan pasangan itu, akui terkejut dengan khabar duka tersebut.

“Baru-baru ini pada 16 September dia (Andi) baru saja melangsungkan perkahwinan menggunakan khidmat kami.
Baru saja seminggu kahwin, itu yang membuatkan kami semua rasa terkesan dengan berita pemergian ini,” katanya.

Artikel lain: Petugas Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ditemui Lemas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 petang semalam sebelum menghantar empat anggota ke lokasi kejadian.

Jarak lokasi dengan balai bomba adalah sejauh 23 kilometer.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan terjun, namun usaha mencari ditangguhkan pada jam 6.52 petang kelmarin dan disambung semula pagi tadi.

Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Polliana Ronnie Sidom), Mstar (Ain Norman)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd