Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Tunggal Simpan 100 Bahan Termasuk Video Tak Senonoh Dalam Telefon

Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan hari ini selepas mengaku memiliki kira-kira 100 bahan pornografi termasuk video lucah di dalam telefon bimbitnya minggu lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, Siti Munirah Muhamad, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Foto: Kosmo! Online

Mengikut pertuduhan, pembantu kantin itu memiliki telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi pelbagai rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga kira-kira jam 8 malam pada 6 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Norizaidah memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja memandangkan tertuduh seorang ibu tunggal dengan pendapatan RM35 sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tertuduh mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun. Dia juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu untuk memberi teladan baik kepada anaknya,” katanya.

Foto: Utusan

Sementara itu, Muhammad Aiman memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar, dan tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dijalankan oleh pasukan polis Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain di rumah tertuduh hasil maklumat daripada Op Cyber Guardian.

Sumber: Kosmo! Online (Torek Sulong)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd