Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Sebak, Anak Penuhi Hasrat Imamkan Solat Jenazah Pengarah KPDN Kelantan

Isteri kepada Pengarah KPDN Kelantan, Allahyarham Azman Ismail iaitu Arabi Muhammad Amin tidak dapat menahan sebak apabila anak ketiga mereka, Abi Aidiel Afiqi, memohon restu untuk mengimamkan solat jenazah bapanya.

Imamkan solat jenazah bapa

Memetik laporan daripada Sinar Harian, allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 2.40 pagi selepas menghidap kanser usus tahap empat.

Keinginan bapa ditunaikan

Menurut Arabi, dia berasa bangga melihat keberanian anaknya yang juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menggalas tanggungjawab tersebut, selain menyifatkan ia adalah hasrat arwah sendiri.

“Saya bagitahu dia, itulah yang dimahukan oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mujur, Jelawat.

Dalam pada itu, Arabi turut terkejut apabila solat jenazah dilakukan sebanyak tiga kali berikutan kehadiran orang ramai yang terlalu ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian suami tercinta dan bersyukur dapat menjaganya sepanjang tiga bulan selepas disahkan menghidap kanser.

“Kali terakhir kami bercakap ialah pada 29 Mac lalu selepas memaklumkan padanya ada darah beku pada paru-paru dan doktor meminta untuk ditidurkan.
“Suami bersetuju dan dia percaya ia adalah salah satu ikhtiar untuk sembuh,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham disahkan menghidap kanser pada 28 Disember 2025 dan pernah menjalani pembedahan pada 8 Januari lalu sebelum kesihatannya semakin merosot.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi yang tular sejak semalam dengan memohon orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd