Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Enggan Runding Selat Hormuz? Nurul Izzah Sifatkan Pendirian Singapura Pendekatan Strategik Sempit

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan kerajaan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata pendirian itu mencerminkan pendekatan strategik sempit yang mengutamakan penjajaran berbanding tanggungjawab serantau serta undang-undang antarabangsa.

“Malaysia secara konsisten berpegang kepada prinsip bahawa diplomasi mesti dilaksanakan, bukan ditinggalkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam isu ini adalah berteraskan usaha untuk memastikan kestabilan serantau, keselamatan tenaga, dan kepentingan lebih luas Asia Tenggara.

Kenyataan itu susulan pengumuman Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, yang menegaskan bahawa Republik itu tidak mahu berunding mengenai laluan selamat di Selat Hormuz atas dasar prinsip.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu secara tersirat, menurut Nurul Izzah, berpotensi menghakis prinsip perundangan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), yang mana Singapura merupakan salah satu negara yang menandatangani.

Beliau menegaskan lagi, pendirian Balakrishnan dilihat kurang mencerminkan sikap berkecuali, sebaliknya menekankan keutamaan strategik kuasa luar yang tidak selari dengan kepentingan rantau ini.

“Penjajaran sedemikian berisiko menghakis komitmen lama ASEAN terhadap diplomasi yang bebas dan seimbang,” ujarnya.

Artikel lain: Iran Buka Laluan, Kapal Malaysia Pertama Lepasi Selat Hormuz

Tegas beliau, Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan diplomasi yang jelas, tegas, dan bebas.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa menjauhkan diri hanya mengundang peningkatan ketegangan, bukannya kestabilan.
“Kami memilih untuk bertindak kerana kepimpinan menuntut lebih daripada sekadar mengambil jarak berhati-hati,” katanya lagi.

Sumber: FB Parti Keadilan Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Dunia

Seorang guru Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan (PJOK) di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) Kasiman mencuri tumpuan ramai selepas memilih untuk berlari sejauh empat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd