Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Petugas Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ditemui Lemas

Petugas Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ditemui

Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd yang hilang dibawa arus banjir di Sungai Nuntunan, Apin-Apin, Keningau pada Selasa lepas ditemukan lemas pada petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz, berkata mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan Team Galen Star di kawasan Sungai Kampung Liau Laut, Keningau pada pukul 6.18 petang.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di sekitar Kampung Linsudan selepas penemuan kasut mangsa berhampiran sungai kampung berkenaan.

“Jarak dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ialah 21 kilometer ke Kampung Linsudan,” katanya.

Artikel lain: Dipercayai Hilang Dibawa Arus Deras, Rakan Mohon Doa Buat Petugas Sabah Electricity

Dalam kejadian itu, tiga petugas Sabah Electricity dibawa arus banjir ketika ke Kampung Nuntunan untuk menjalankan operasi pemulihan bekalan elektrik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi dihanyutkan arus.

Petugas Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ditemui Lemas

Sabah Electricity mengesahkan identiti mangsa sebagai Masedeh Rosmin, 35, yang berkhidmat di Keningau. Syarikat itu menyatakan rasa dukacita mendalam dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Sabah Electricity akan memastikan segala sokongan sewajarnya, termasuk bantuan kebajikan dan sokongan emosi, diberikan kepada keluarga beliau. Kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh warga Sabah Electricity.
“Beliau dikenang sebagai seorang kakitangan yang berdedikasi tinggi dalam melaksanakan tugas. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata syarikat itu.

Syarikat turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat, khususnya Team Galen Star, Polis Diraja Malaysia, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta rakan sekerja yang terlibat dalam operasi pencarian.

Sumber: FB Sabah Electricity Corporate

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd