Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegawai Tentera Didenda RM1,700, Dakwa Tumbuk Kepala Wanita Tiga Kali

Seorang pegawai tentera dikenakan denda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Khamis selepas mengaku bersalah atas kesalahan menumbuk kepala seorang wanita yang didakwa sebagai kekasihnya tahun lalu.

Tumbuk kepala wanita

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, R Rajakogillan, 35, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita berusia 44 tahun itu dengan menumbuk bahagian belakang kepala mangsa sebanyak tiga kali.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan parkir Taman Terendak Heights, Masjid Tanah, dalam daerah Alor Gajah kira-kira jam 7.30 malam pada 5 Oktober 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Goh Jee Chee, yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mempertimbangkan hukuman lebih ringan atas dasar pengakuan bersalah awal yang telah menjimatkan masa perbicaraan.

“Ini merupakan kali pertama pertuduhan dikenakan terhadapnya dan dia menyesal atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama.
“Tertuduh memaklumkan kejadian itu berlaku kerana mangsa terlebih dahulu menumbuknya menyebabkan dia hanya bertindak menolak bagi mempertahankan diri,” katanya.

Artikel lain: Wanita Potong Kemaluan Kekasih, Cemburu Mangsa Masih Ada Isteri

Dalam masa sama, beliau menjelaskan tertuduh dan mangsa sebenarnya bukan pasangan kekasih serta tidak mempunyai sebarang hubungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, tertuduh juga baru mendirikan rumah tangga dan isterinya turut hadir di mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman denda RM1,700 atau penjara selama empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd