Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

PU Rahmat Dedah Pengorbanan ZRA Sertai GSF, Hanya Mahu Hidup Cari Reda Allah

Pendakwah bebas, PU Rahmat meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan aktivis, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA yang disifatkan sanggup mengetepikan keselesaan demi agama, bangsa dan tanah air.

Pilih ke zon konflik bantu ummah

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan, lelaki yang seusia ayah atau datuk itu sepatutnya menikmati masa bersama keluarga, namun memilih untuk menguatkan semangat menuju ke zon konflik demi membantu ummah.

“Biarlah apa orang nak kata , saya hanya nak hidup Allah suka akan diri saya” ujar ZRA kepada PU Rahmat.

Keletihan curah ilmu kepada masyarakat

PU Rahmat turut berkongsi bahawa sepanjang perjalanan, ZRA dilihat keletihan selepas berusaha keras mencurahkan ilmu kepada masyarakat sebelum berlepas, sehingga hanya mampu berehat ketika dalam penerbangan menuju destinasi transit.

Beliau menyifatkan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang luar biasa, apatah lagi dilakukan oleh individu yang sepatutnya berada di fasa berehat dalam kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mula berlepas kapal terbang sehingga hampir sampai ke transit Doha , Haji ZRA hanya tidur .. kepenatan minggu ini memandaikan ummat barangkali.
Terus kuat Ayah Sumud kita,” tulisnya lagi.

Golongan memandaikan rakyat

Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai, dengan ramai yang mendoakan agar segala urusan ZRA dipermudahkan serta dilindungi dalam misi yang penuh cabaran itu.

Semangat Tuan Haji

Semoga dalam jagaan Allah

Difahamkan, misi musim bunga 2026 berkenaan akan menghimpunkan lebih 80 bot dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia, dengan pelayaran utama dari Barcelona pada 12 April.

Manakala, di Malaysia, misi tersebut turut mendapat perhatian apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, diamanahkan mengetuai delegasi bantuan Malaysia, yang membawa 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Sumber: Facebook Rahmat Ikhsan Nusantara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd