Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Mengamuk Kejar Anggota Polis Dengan Senjata Tajam

Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis selepas mengamuk di sebuah restoran makanan laut di Jalan Akan Pandan 2, Telok Mengkuang, Kuala Langat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, lelaki itu dilaporkan membawa sebilah pisau pemotong daging dan sebatang rotan, selain bertindak agresif merosakkan harta benda serta mengancam keselamatan orang awam.

Menurut Mohd. Akmalrizal, insiden berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila pihak polis menerima maklumat daripada anggota kenderaan pelbagai guna (MPV) Sektor 4 Telok Panglima Garang mengenai seorang lelaki yang mengamuk di restoran berkenaan.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati suspek bertindak agresif dengan menggunakan sebilah pisau dan sebatang rotan, memecahkan pelbagai barangan di restoran serta merosakkan tiga kenderaan milik orang awam di sekeliling kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek turut melibas senjata ke arah anggota polis dan kenderaan MPV, sekali gus mengancam keselamatan anggota polis dan orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil tindakan pantas dan cekap pihak polis, suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut. Lelaki itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 427 atas kesalahan khianat, serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam tanpa kebenaran sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kuala Langat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd