Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Maritim Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Diesel! 31 Tong Ditemui Tanpa Pemilik Di Perairan Negara

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di perairan Kuala Perlis, malam tadi.

Pengarahnya, Nak Rong Si Prom berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan operasi di bawah OP AMAN, OP TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT, susulan maklumat risikan bersepadu melibatkan beberapa zon maritim.

“Hasil pemantauan, sebuah sampan kayu dalam keadaan mencurigakan dikesan kira-kira 0.4 batu nautika dari barat daya Pulau Ketam sebelum pemeriksaan lanjut mendapati ia ditinggalkan tanpa pemilik dan dipercayai berpangkalan dari negara jiran,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas sampan tersebut menemukan sebanyak 31 tong minyak diesel dianggarkan 30 liter setiap satu, menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 930 liter dengan nilai rampasan melebihi RM10,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau mengawal barang kawalan tanpa lesen sah atau dalam keadaan mencurigakan.
“Semua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi bukan sahaja menyebabkan ketirisan subsidi kerajaan, malah menjejaskan kestabilan ekonomi serta kebajikan rakyat yang berhak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nahas Bot Terbalik, Maritim Malaysia Bantu Selamatkan 30 Warga Indonesia

Sehubungan itu, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada jenayah maritim.

Ia sekali gus memperkukuh peranan agensi sebagai barisan hadapan keselamatan dan kedaulatan negara.

Orang ramai turut diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian rasmi atau nombor kecemasan bagi tindakan segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd