Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pemuda Diberkas, Godam & Jual Data Agensi Kerajaan di ‘Dark Web’

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki kerana dipercayai menggodam dan jual data peribadi milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang ‘darkweb’ pada 25 Disember lalu.

Lelaki ditahan di ibu negara

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, lelaki berusia 24 tahun berkenaan telah ditahan di sekitar ibu negara oleh sepasukan pegawai dan anggota  Unit Siasatan Jenayah Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

sekadar gambar hiasan

Jual data agensi kerajaan dengan harga dolar

Menurut Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, beliau memaklumkan hasil siasatan mendapati lelaki terbabit disyaki menjual data peribadi  dipercayai digodam daripada agensi milik kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia kemudian menjual kepada  darkweb  dengan harga dolar Amerika Syarikat  200 (RM927) untuk setiap set data.
Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto.
“Melalui Unit Mata Wang Kripto, kita berjaya mengesan lelaki tersebut dan memberkasnya pada 25 Disember lalu,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember lalu manakala  siasatan juga telah dilengkapkan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Sumber: Utusan Malaysia (Nuraina Hanis Abd. Halim)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd